Alam perkahwinan tak semestinya bahagia setiap hari dan sudah semestinya ada pasang surut. Lumrah pasangan suami isteri akan berdepan dengan dugaan dan masalah. Oleh itu kedua-duanya perlu bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menangani apa jua masalah dan dugaan. Bagi mereka yang hendak berkahwin atau masih belum berkahwin ,berikut merupakan 4 jenis fasa yang perlu anda tempuhi semasa berada di dalam perkahwinan. Jadi boleh bersiap sedia ya.
Fasa 1 – Romantik & kasih sayang melimpah
Selepas bernikah biasanya pasangan akan melalui fasa bahagia apa orang kata tu, honeymoon year. Bukan honeymoon year di sekolah ya tapi lepas berkahwin :p . Setiap perkara rasa indah dan bahagia je. Boleh diibaratkan seperti belangkas kehulu kehilir pasti berdua maklumlah dialah kekasih halal bagi kamu. Perasaan cinta masih membara jadi apa saja yang berlaku dilihat indah belaka.
Fasa 2 – Mula mencari kesalahan
Selepas beberapa bulan atau setahun, mula la fasa yang kedua ini. Di waktu ini anda mulai berdepan dengan realiti kehidupan berumah tangga, dan tak semuanya seindah apa yang kita nampak di dalam kaca tv. Tak kira lah sifat, tingkahlaku pasangan, semuanya akan nampak ‘jelas’ sedikit demi sedikit.
Masa ini lah berlakunya konflik pertama anda dan pasangan anda. Silap haribulan berlakulah situasi salah menyalahkan antara satu sama lain dan keduanya saling menegakkan prinsip sendiri biarpun salah. Lantaran masalah yang bertimpa ini tak mustahil ada di antara anda yang mencari jalan muda h iaitu menjalinkan hubungan sulit ataupun berpisah.
Fasa 3 – Lebih kenal pasangan
Selepas tiga empat tahun usia perkahwinan anda, fasa ketiga akan dilalui. Masa ini kebanyakkan pasangan akan lebih relaks dan bersedia menghadapi masalah kerana masing-masing pun dah ‘kenal’ isi hati, sikap pasangan. Tempoh yang lama bersama pasangan membuatkan anda lebih mengenalinya.
Okay, pada masa ni anda mempunyai kelebihan untuk menjangka sama ada perkahwinan anda boleh menjadi lebih baik atau sebaliknya dengan melihat daya tahan sendiri. Daya ketahanan mental dan fizikal anda untuk dapat meneruskan hubungan atau tidak. Banyak pengalaman yang telah dilalui bersama membuatkan keduanya makin bijak menangani konflik dan tak kurang juga yang akan mengambil tips perkahwinan dari parents masing-masing.
Bak kata pepatah “ Orang yang lagi lama hidup ni, lebih banyak makan garam”
Fasa 4 – Harmoni sekalipun berbeza
Pernah tak anda lihat pasangan yang berbeza dari segi sikap dan perangai boleh hidup bahagia selama berpuluh tahun? Kadang-kadang kita lihat ibu yang banyak membebel serasi dengan ayah yang lebih pendiam dan suka bercakap bila perlu.
Sekalipun timbul perbezaan yang ketara, namun bak kata orang “alah bisa tegal biasa”. Masa ini, keduanya cuba memperbaiki keburukan masing-masing agar lebih disenangi pasangan dan keluarga pasangan. Maklumlah kalau dah berkahwin tu, bukan kahwin dengan orang tersayang saja, dengan keluarganya pun termasuk sekali dalam pakej perkahwinan tu.
Memang tak dinafikan anda berdua akan makin selesa dengan diri dan pasangan masing-masing. Kalau masalah cemburu tu, kira biasalah. Mana-mana pasangan bercinta pun akan ada masalah sama. Berikut saya kongsikan bagaimana mahu menangani masalah cemburu :)
TIPS ATASI CEMBURU
- Tarik nafas dalam-dalam dan hembus sekuat mungkin. Ulang hingga perasaan anda semakin okay. Ianya sama juga cara dengan menangani perasaan marah. Keduanya merupakan aura negatif jika tak ditangani dengan betul.
- Selain itu, berenang pun mampu mengurangkan kesakitan dalam hati akibat cemburu. Dengan suhu air yang sejuk, marah tadi boleh bertukar kepada reda. :)
- Menangis. Menangislah agar perasaan yang terpendam itu dilepaskan keluar. Tetapi tak boleh lah meratap sampai sebulan atau setahun, mesti ada tempoh hadnya. Takut memudaratkan kesihatan anda pula.
- Berdoa. Mintalah pada Tuhan agar hati anda ditenangkan dan dipermudahkan dari kesukaran. Tuhan itu Maha Penyayang dan Pengasih.
- Pergi ke kawasan tenang. Jika anda orang kota, cuba ambil masa beberapa hari pergi ke tempat yang lebih tenang. Udara dan suasana nyaman boleh membantu anda mendapatkan perasaan yang lebih tenang.
- Makan. Selalu perasaan cemburu ini disertai dengan perasaan sedih sekali. Bila kita sedih, kita selalu distract perasaan kita dengan subjek best iaitu MAKAN. Memang la boleh makan, tapi banyak lagi benda lain yang tidak memudaratkan tubuh badan boleh dibuat.
* Asal pompuan jah kena beralah nie....org lelaki buat dono jah bab nie..haih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan